RAKAN STRATEGIK
KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam merupakan rakan strategik Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) bagi produk Wakaf Perkhidmatan Hutan. Kerjasama ini mendapat kelulusan Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah YWM Siri 46 Bil. 2/2024 pada 16 Oktober 2024. Produk ini diwujudkan bagi membiayai projek wakaf perkhidmatan hutan yang dikenalpasti. Sebahagian Dana Pokok akan dilaburkan dalam pelaburan patuh syariah dan hasil pelaburan yang dikategorikan sebagai Dana Manfaat Wakaf diagihkan kepada sektor agihan yang disasarkan.


Kongsi Kongsi