KENANGA INVESTORS BERHAD
Kenanga Investors Berhad (KIB) merupakan antara rakan strategik Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) melalui kerjasama untuk menerbitkan produk berkonsepkan sinergi antara pelaburan unit amanah dan juga wakaf.
Produk pelaburan WALI merupakan sinergi antara konsep pelaburan unit amanah dan juga wakaf. Produk ini diluluskan oleh Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah YWM Siri 34 Bil. 1/2021 pada 8 Mac 2021 melalui kerjasama antara YWM, KIB dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia. Dana yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti ini bertujuan memberi peluang kepada seluruh rakyat Malaysia untuk melabur dengan pengurus dana profesional sambil berwakaf dan menyumbang kepada pembangunan sosial dan masyarakat di seluruh negara.
Daripada hasil pelaburan, 50% akan dikembalikan kepada pemegang unit (iaitu pelabur) dan baki 50% lagi akan disalurkan kepada YWM bagi tujuan wakaf. Penyaluran aset wakaf hasil daripada pulangan pelaburan akan diwakafkan kepada segmen-segmen berikut:
- Pendidikan;
- Kesihatan;
- Pemerkasaan ekonomi; dan
- Alam sekitar.
- Dana Wakaf Bencana - Kenanga Sustainability Series: Emergency Waqf Musa'adah Fund
Merupakan sebuah produk wakaf berasaskan pelaburan di mana sebahagian keuntungan daripada pelaburan tersebut diwakafkan oleh pelabur kepada YWM. Produk ini diluluskan oleh Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah YWM Siri 36 Bil. 3/2021 pada 24 September 2021 melalui kerjasama antara YWM, KIB dan Yayasan MATCH. Dana wakaf ini akan digunakan untuk membantu mereka yang terkesan akibat bencana seperti ribut, banjir, tanah runtuh serta menangani krisis wabak penyakit.
LAIN-LAIN
- AMMET LIFE TAKAFUL
- SUN LIFE MALAYSIA
- TAKAFUL IKHLAS
- PUBLIC ISLAMIC BANK BERHAD
- CIMB ISLAMIC BANK BERHAD
- BANK KERJASAMA RAKYAT MALAYSIA BERHAD
- KENANGA INVESTORS BERHAD
- MAYBANK ASSET MANAGEMENT
- PERMODALAN BSN BERHAD
- HALAL DEVEPLOMENT CORPORATION BERHAD
- HONG LEONG MSIG TAKAFUL BERHAD
- YAYASAN PEMBANGUNAN EKONOMI ISLAM MALAYSIA
- YAYASAN MATCH
- YAYASAN MUSLIMIN MALAYSIA BERHAD
- WAKAF PULAU PINANG
- PRUDENTIAL BSN TAKAFUL
- BANK SIMPANAN NASIONAL
- PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL
- KEMENTERIAN PERALIHAN TENAGA DAN TRANSFORMASI AIR
- MALAYSIAN GREEN TECHNOLOGY AND CLIMATE CHANGE CORPORATION
- SPECTRE MD SDN BHD
- MAJLIS PERUNDINGAN PERTUBUHAN ISLAM MALAYSIA
- LC WAKAFUL SDN BHD
Kongsi Kongsi