RAKAN STRATEGIK
YAYASAN PEMBANGUNAN EKONOMI ISLAM MALAYSIA

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) merupakan antara rakan strategik Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) melalui produk pelaburan Dana Wakaf Al-Ihsan (WALI). Produk WALI merupakan sinergi antara konsep pelaburan unit amanah dan juga wakaf. Produk ini diluluskan di dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah YWM Siri 34 Bil. 1/2021 bertarikh 8 Mac 2021 hasil kerjasama antara YWM, Kenanga Investors Berhad dan YAPEIM. Dana yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti ini bertujuan memberi peluang kepada seluruh rakyat Malaysia untuk melabur dengan pengurus dana profesional sambil berwakaf dan menyumbang kepada pembangunan sosial dan masyarakat di seluruh negara.

Daripada hasil pelaburan, 50% akan dikembalikan kepada pemegang unit (iaitu pelabur) dan baki 50% lagi akan disalurkan kepada YWM bagi tujuan wakaf. Penyaluran aset wakaf hasil daripada pulangan pelaburan akan diwakafkan kepada segmen-segmen berikut:

  1. Pendidikan;
  2. Kesihatan;
  3. Pemerkasaan ekonomi; dan
  4. Alam sekitar.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: KENANGA WAQF AL-IHSAN


Kongsi Kongsi