RAKAN STRATEGIK
BANK SIMPANAN NASIONAL

Bank Simpanan Nasional (BSN) merupakan rakan strategik Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) bagi platform wakaf. Kerjasama ini mendapat kelulusan Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah YWM Siri 42 Bil. 1/2023 pada 29 Mac 2023. Menerusi jalinan kerjasama ini, penyediaan kepelbagaian platform pewakafan oleh BSN seperti Ejen Bank BSN (EB BSN), JomPay, ATM atau CDM, Perbankan Internet myBSN, e-biller dan melalui kaunter di cawangan BSN bakal memudahkan akses kepada setiap lapisan masyarakat tidak kira di bandar atau luar bandar untuk berwakaf. Setiap sumbangan wakaf terkumpul menerusi kerjasama ini akan ditukar kepada aset tetap (yang merupakan ‘ayn wakaf) yang akan memberikan impak dan manfaat kepada masyarakat secara keseluruhannya. Pengagihan dana wakaf ini kelak akan turut melibatkan Majlis Agama Islam Negeri dan pengagihannya pula terbahagi kepada empat (4) sektor, iaitu:

  • Solar / tenaga
  • Pendidikan
  • Kesihatan
  • Pembangunan ekonomi


Kongsi Kongsi