CIMB ISLAMIC BANK BERHAD
CIMB Islamic Bank Berhad merupakan antara rakan strategik Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) melalui Program iTEKAD CIMB Islamic Rider Entrepreneur. Program ini diluluskan oleh Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah YWM Siri 36 Bil. 3/2021 pada 24 September 2021 dengan kerjasama secara sinergi antara YWM, CIMB Islamic Bank Berhad, Yayasan Belia Malaysia, Taylor’s University dan Food Panda. Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada belia serta asnaf yang berkelayakan dan berminat untuk menyertai dan bekerja sebagai penghantar makanan. Dengan menggunakan kaedah pewakafan secara tunai berkonsepkan wakaf muaqqat (sementara), sumbangan wakaf akan ditukarkan kepada motorsikal dalam tempoh 12 bulan sebelum dihibahkan kepada peserta program. Selain itu, CIMB Islamic Bank Berhad turut menyediakan platform pewakafan CIMB Clicks sejak tahun 2016.
LAIN-LAIN
- AMMET LIFE TAKAFUL
- SUN LIFE MALAYSIA
- TAKAFUL IKHLAS
- PUBLIC ISLAMIC BANK BERHAD
- CIMB ISLAMIC BANK BERHAD
- BANK KERJASAMA RAKYAT MALAYSIA BERHAD
- KENANGA INVESTORS BERHAD
- MAYBANK ASSET MANAGEMENT
- PERMODALAN BSN BERHAD
- HALAL DEVEPLOMENT CORPORATION BERHAD
- HONG LEONG MSIG TAKAFUL BERHAD
- YAYASAN PEMBANGUNAN EKONOMI ISLAM MALAYSIA
- YAYASAN MATCH
- YAYASAN MUSLIMIN MALAYSIA BERHAD
- WAKAF PULAU PINANG
- PRUDENTIAL BSN TAKAFUL
- BANK SIMPANAN NASIONAL
- PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL
- KEMENTERIAN PERALIHAN TENAGA DAN TRANSFORMASI AIR
- MALAYSIAN GREEN TECHNOLOGY AND CLIMATE CHANGE CORPORATION
- SPECTRE MD SDN BHD
- MAJLIS PERUNDINGAN PERTUBUHAN ISLAM MALAYSIA
- LC WAKAFUL SDN BHD
Kongsi Kongsi