RAKAN STRATEGIK
PERMODALAN BSN BERHAD

Permodalan BSN Berhad (PBSN) merupakan rakan strategik Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) melalui produk BSN Dana Wakaf Al-Ikhlas. Kerjasama ini diluluskan oleh Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah YWM Siri 37 Bil. 4/2021. Dana yang dilaburkan oleh pelabur-pelabur menerusi produk ini akan menerbitkan keuntungan yang akan diwakafkan sebahagiannya. Dana pewakafan ini dinamakan sebagai BSN Cash Wakaf di mana YWM akan bertindak selaku Pengurus Wakaf. Dana wakaf terkumpul kemudiannya akan diagihkan kepada pihak-pihak yang memerlukan dalam sektor-sektor yang telah dikenalpasti antaranya:

  • Pendidikan
  • Kesihatan
  • Pemerkasaan Komuniti
  • Bantuan Bencana
  • Keusahawanan
  • Mana-mana projek dalam sektor-sektor lain yang bermanfaat kepada masyarakat dan ummah.

Untuk maklumat lanjut sila layari: BSN DANA WAKAF AL-IKHLAS

CARTA ALIR PBSN DWAI


Kongsi Kongsi