Wakaf Prihatin
Tiada maklumat dan akan dikemaskini
Wakaf Bencana

PROGRAM CSR

Wakaf Bencana
Bantuan bencana

KUMPULAN SASAR
Mangsa bencana alam

CADANGAN AKTIVITI
  1. a. Projek 1: Bantuan Keperluan Asas

    Memberi bantuan segera keperluan asas kepada mangsa-mangsa bencana alam seperti bahan makanan asas (beras, gula, mee segera, biskuit dsbnya), bekalan air bersih (air mineral / air minuman), pakaian, selimut dan alat kelengkapan diri.

    Di samping itu, bantuan alat-alat persekolahan seperti beg sekolah, alat tulis dan pakaian seragam juga akan di pertimbangkan bila perlu.

  2. b. Kelayakan

    Bencana yang diiktiraf oleh NADMA atau bencana yang dilapurkan di media.

  3. c. Kadar Sumbangan

    Mengikut keperluan dan keadaan bencana.

Wakaf Mesra OKU

PROGRAM CSR

Wakaf Mesra OKU
Alat bantuan dan keperluan golongan OKU

KUMPULAN SASAR
Orang Kelainan Upaya (OKU)

CADANGAN AKTIVITI
  1. a. Projek 1: Bantuan Alat Sokongan atau Alat Tiruan

    Memberi bantuan kepada golongan OKU yang kurang berkemampuan untuk membeli alat sokongan atau alat tiruan seperti alat pendengaran, kaki palsu dan lain-lain yang bersesuaian dengan syarat mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan atau pakar perubatan.

  2. b. Kelayakan
    • Berdaftar sebagai OKU dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
    • Mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan atau pakar perubatan
    • OKU yang kurang berkemampuan / dari golongan asnaf / kumpulan B40
  3. c. Kadar Sumbangan

    Mengikut harga sebenar alat bantuan/tiruan

Wakaf i Care

PROGRAM CSR

Wakaf i Care
Sumbangan Mesra Wakaf Prihatin iaitu sumbangan makanan asas kering seperti beras, gula dll

KUMPULAN SASAR
Golongan Memerlukan
Warga emas

CADANGAN AKTIVITI
  1. a. Projek 1: Sumbangan Mesra Wakaf Prihatin

    Menyediakan barangan sumbangan berupa makanan asas seperti beras, minyak masak, biskut dan lain-lain barangan yang bersesuaian bagi tujuan menyantuni golongan yang memerlukan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

  2. b. Kelayakan
    • Golongan memerlukan yang diiktiraf / disahkan oleh Ketua Masyarakat / Pejabat Agama Islam Daerah / JKM ; dan / atau
    • Ketua isi rumah dari kalangan B40 / asnaf ; dan / atau
    • Mana-mana pusat penjagaan / kebajikan yang berdaftar dengan JKM
    • Mana-mana pusat tahfiz yang berdaftar dengan JAKIM atau Jabatan Agama Islam Negeri
  3. c. Kadar Sumbangan
    • Untuk pemberian kepada individu, dalam anggaran RM50 sehingga RM100 untuk seorang termasuk kos penghantaran; dan
    • Untuk pusat penjagaan / kebajikan / pusat tahfiz, tertakluk kepada keperluan sebenar
Wakaf Be#$kill

PROGRAM CSR

Wakaf Be#$kill
Bantuan latihan/modal perniagaan

KUMPULAN SASAR
Asnaf
Kumpulan B40
Ibu tunggal
OKU

CADANGAN AKTIVITI
  1. a. Projek 1: Penganjuran Latihan Asas Keusahawanan

    Memberi latihan asas keusahawanan kepada kumpulan sasar yang terpilih bagi memperlengkapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri keusahawanan untuk menjadi usahawan yang berdaya maju dan berdaya saing.

  2. b. Kelayakan
    • Mana-mana individu yang tergolong dalam Kumpulan B40
    • Asnaf yang berdaftar dengan MAIN
    • Ibu tunggal / OKU kurang berkemampuan yang berdaftar dengan JKM
  3. c. Kadar Sumbangan
    • RM5,000.00 geran bantuan perniagaan one-off untuk setiap individu yang terpilih
Wakaf O#Waste

PROGRAM CSR

Wakaf 0#Waste
Kitar semula sisa organik domestik kepada kompos

KUMPULAN SASAR
a. Pusat Kejiranan
b. Medan Selera

CADANGAN AKTIVITI
  1. a. Projek 1: Food Waste Anaerobic Digester

    Membeli mesin pemprosesan sisa makanan yang boleh menguraikan sisa makanan organik kepada kompos. Selain daripada menjimatkan kos pengurusan sisamakanan, hasil sampingan daripada proses ini adalah kompos boleh dijual dan juga tenaga elektrik boleh diperbaharui daripada biomas (biomas renewable energy).

  2. b. Kelayakan

    Pusat kejiranan dan medan selera di bawah pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

  3. c. Kadar Sumbangan

    Minima RM500,000.00 per unit

Wakaf Go#Green

PROGRAM CSR

Wakaf Go#Green
Penyediaan tenaga dan pembekalan air bersih

KUMPULAN SASAR
a. Kawasan pedalaman
b. Perkampungan Orang Asli
c. Tempat beribadah

CADANGAN AKTIVITI
  1. a. Projek 1: Penyediaan Telaga Air Berkuasa Solar

    Penyediaan air minuman di kawasan yang tiada punca air atau tiada air yang bersih melalui penggalian (boring) tanah serta pam air yang berasaskan tenaga solar atau menggunakan bekalan elektrik

  2. b. Kelayakan

    Kawasan-kawasan yang tidak mendapat bekalan air yang bersih untuk diminum atau dikawasan-kawasan yang sukar mendapat bekalan air bersih

  3. c. Kadar Sumbangan

    Bergantung kepada kepadatan penduduk disekitar kawasan yang terlibat. Jangkaan kos purata sebanyak RM15,000.00 seunit termasuk kos pengangkutan dan pemasangan

  1. a. Projek 2 : Bantuan Panel Solar Berskala Kecil (4.69kw)

    Penyediaan bekalan elektrik dikawasan yang tiada bekalan elektrik berasaskan Panel Solar Berskala Kecil (4.69kw)

  2. b. Kelayakan

    Kawasan pendalaman yang tidak memiliki sumber elektrik atau sukar untuk TNB tawarkan buat masa sekarang seperti dinegeri Sabah

  3. c. Kadar Sumbangan

    Bergantung kepada kepadatan penduduk disekitar kawasan yang terlibat. Jangkaan kos purata sebanyak RM25,000.00 seunit termasuk kos pengangkutan dan pemasangan

Wakaf Be#Smart

PROGRAM CSR

Wakaf Be#Smart
Meningkatkan literasi 3M

GOLONGAN SASAR
Golongan buta huruf / berkeperluan khas / linus / pelajar yang akan menduduki peperiksaan utama

CADANGAN AKTIVITI
  1. a. Projek 1: Pelaksanaan Program Penguasaan Asas 3M

    Melaksanakan program kepada pelajar dari keluarga miskin yang keciciran pembelajaran untuk menguasai penguasaan asas membaca, menulis dan mengira

  2. b. Kelayakan
    • Pelajar tahun 1 hingga tahun 3 yang masih belum menguasai asas membaca, menulis dan mengira dari kaluarga B40 atau asnaf yang disahkan oleh pihak sekolah / PPD / Ketua Masyarakat; dan
    • Pelajar yang keciciran dari keluarga B40 atau asnaf yang disahkan oleh pihak sekolah / PPD / Ketua Masyarakat
  3. c. Kadar Sumbangan

    RM100.00 per sesi bagi setiap pelajar atau berdasarkan keperluan sebenar

  1. a. Projek 2 : Penyediaan Kelas Tuisyen / Kelas Tambahan

    Menyediakan kelas tuisyen terutamanya kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan penting dan datang dari keluarga berpendapatan sederhana serta pelajar yang mempunyai tahap pencapaian akademik sederhana bagi membolehkan pelajar tersebut meningkatkan penguasaan dalam mata pelajaran teras

  2. b. Kelayakan

    Pelajar daripada keluarga B40 / asnaf yang disahkan oleh pihak sekolah / PPD / Ketua Masyarakat

  3. c. Kadar Sumbangan

    RM50.00 per sesi bagi setiap pelajar atau berdasarkan keperluan sebenar

  1. a. Projek 3 : Pembangunan Semula / Baik Pulih Perpustakaan / Pusat Sumber / mana-mana pusat sokongan pembelajaran

    Membangun semula atau membaik pulih mana-mana pusat sokongan pembelajaran sama ada perpustakaan atau pusat sumber yang kerosakannya menyebabkan pusat tersebut tidak dapat beroperasi.

  2. b. Kelayakan

    Mana-mana perpustakaan / pusat sumber / mana-mana pusat sokongan pembelajaran yang memerlukan bantuan

  3. c. Kadar Sumbangan

    Tertakluk kepada keperluan

WAKAF Be#Learn

PROGRAM CSR

Wakaf Be#Learn
Bantuan alatan pembelajaran

KUMPULAN SASAR
Sekolah
Institusi pendidikan

CADANGAN AKTIVITI
  1. a. Projek 1: Bantuan Alat Pembelajaran

    Menyediakan peralatan bantuan mengajar (PBM) dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah atau institusi pendidikan agar lebih efektif serta interaktif pelajar-pelajar untuk memahami mata pelajaran teras seperti Matematik dan Sains.

    Menyediakan bantuan peralatan sukan bagi sekolah-sekolah yang mempunyai pelajar berbakat dalam mana-mana acara sukan.

  2. b. Kelayakan
    1. Sekolah-sekolah yang akan melaksanakan program pemerkasaan matapelajaran teras
    2. Kelengkapan makmal sekolah / bengkel kemahiran hidup / peralatan sukan
  3. c. Kadar Sumbangan

    Sehingga RM10,000.00 bagi setiap permohonan


Kongsi Kongsi