RAKAN STRATEGIK
PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) merupakan rakan strategik Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) bagi produk myWaqafPTPTN. Kerjasama ini mendapat kelulusan Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah YWM Siri 44 Bil. 3/2023 pada 19 Disember 2023. Semua terimaan dana wakaf myWaqafPTPTN akan diuruskan oleh YWM dan dana wakaf tersebut akan dilaburkan di dalam portfolio pelaburan patuh Syariah. Hasil pelaburan (manfaat wakaf) kemudiannya akan diagihkan kepada benefisiari terpilih (termasuk kepada mahasiswa bukan beragama Islam) dalam bentuk biasiswa pendidikan tinggi. Antara bakal penerima manfaat myWaqafPTPTN:

  • Golongan Mahasiswa B40
  • Golongan Mahasiswa M40
  • Golongan Mahasiswa Asnaf


Kongsi Kongsi