RAKAN STRATEGIK
TAKAFUL IKHLAS

Kerjasama antara Takaful Ikhlas dan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) diluluskan oleh Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah YWM Siri 18 Bil. 1/2016 pada 15 Mac 2016. Menerusi kerjasama ini, 1/3 daripada pengagihan manfaat akan disumbangkan kepada YWM setelah berlakunya kematian orang yang dilindungi tertakluk kepada hukum pewasiatan yang hanya membenarkan pewakafan tidak melebihi 1/3 daripada keseluruhan harta pewasiat. Sumbangan tersebut kemudian akan dikategorikan sebagai wakaf am yang mana dana tersebut akan digunakan untuk tujuan projek-projek wakaf di YWM.


Kongsi Kongsi