RAKAN STRATEGIK
YAYASAN BELIA MALAYSIA

Yayasan Belia Malaysia (YBM) merupakan antara rakan strategik Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) melalui Program iTEKAD CIMB Islamic Rider Entrepreneur. Program ini diluluskan oleh Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah YWM Siri 36 Bil. 3/2021 pada 24 September 2021 dengan kerjasama secara sinergi antara YWM, CIMB Islamic Bank Berhad, YBM, Taylor’s University dan Food Panda. Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada belia serta asnaf yang berkelayakan dan berminat untuk menyertai dan bekerja sebagai penghantar makanan. Dengan menggunakan kaedah pewakafan secara tunai berkonsepkan wakaf muaqqat (sementara), sumbangan wakaf akan ditukarkan kepada motorsikal dalam tempoh 12 bulan sebelum dihibahkan kepada peserta program.


Kongsi Kongsi