Aktiviti
10 PENJAJA DAN PENIAGA KECIL DARI BANDAR SERI PUTRA, KAJANG TERIMA SUMBANGAN DANA PERLU YWM
02-07-2021

Kajang, 2 Julai 2021 - Pandemik Covid19 telah menjadi sejarah hitam buat kita semua termasuklah para penjaja dan peniaga kecil di seluruh Malaysia. Rata-rata penjaja dan peniaga kecil yang mencari rezeki secara harian telah hilang sumber pendapatan mereka apabila tidak dapat keluar berniaga. Kini PKP 3.0, mereka mampu menarik nafas lega sedikit setelah diberikan kelonggaran untuk berniaga kembali.

‘Asalkan dapat buka gerai pun dah Alhamdulillah syukur sangat (sambil menadah tangan tanda kesyukuran), untung banyak atau sedikit tu kami tak kisah’ ujar ketua Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Bandar Seri Putra, Kajang.

Prihatin dengan keadaan mereka yang terkesan ini, YWM melalui #DanaPerlu turun untuk menyampaikan amanah para penyumbang dengan menyampaikan sumbangan kotak makanan kepada 10 penjaja dan peniaga kecil di sekitar Bandar Seri Putra, Kajang. Sumbangan ini telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Amir bin Shaharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia.

Terima kasih kepada pihak Persatuan Peniaga dan Penjaja BSP atas kerjasama yang diberikan. Semoga sedikit sebanyak sumbangan ini dapat meringankan beban para penjaja dan peniaga kecil yang terlibat.

Firman Allah S.W.T.

(إِنَّ ٱلَّذِینَ یَتۡلُونَ كِتَـٰبَ ٱللَّهِ وَأَقَامُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَأَنفَقُوا۟ مِمَّا رَزَقۡنَـٰهُمۡ سِرࣰّا وَعَلَانِیَةࣰ یَرۡجُونَ تِجَـٰرَةࣰ لَّن تَبُورَ) [Surah Fatir 29]

(لِیُوَفِّیَهُمۡ أُجُورَهُمۡ وَیَزِیدَهُم مِّن فَضۡلِهِۦۤۚ إِنَّهُۥ غَفُورࣱ شَكُورࣱ) [Surah Fatir 30]

Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian; 29

Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya). 30

Program sumbangan ini merupakan inisiatif YWM melalui program #DanaPerlu di bawah Program CSR Prihatin YWM. Terima kasih para penyumbang. Sumbangan anda, sinar buat mereka.

جزاكم الله خيرا كثيرا و جزاكم الله احسن الجزاء

Kepada yang ingin memberi sumbangan, anda boleh menyumbang ke akaun CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 8602218186 dan 'remark' sebagai DANAPERLU.


Kongsi Kongsi