Wakaf Fund Run 2026 ‘Berlari Sambil Berwakaf’
07-11-2026Alor Setar, 7 November 2026 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) turut mengambil bahagian dalam memeriahkan Wakaf Fund Run 2026 ‘Berlari Sambil Berwakaf’ anjuran Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) yang berlangsung di Dataran Medan Bandar Alor Star, Kedah.
Sebagai tanda sokongan terhadap penganjuran program ini, YWM turut menyalurkan tajaan berjumlah RM10,000 bagi membantu menjayakan program yang berjaya menghimpunkan hampir 3,000 orang peserta ini.
Majlis pelepasan para peserta telah disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah merangkap Yang Dipertua MAIK.
Turut berangkat hadir ialah Duli Yang Amat Mulia Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tunku Mahkota Kedah serta pegawai-pegawai kanan Kerajaan Negeri Kedah.
Penyertaan dan sokongan YWM dalam program ini mencerminkan komitmen berterusan dalam mempromosi serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan dan manfaat wakaf sebagai instrumen pembangunan ummah.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada MAIK atas penganjuran program yang amat bermakna ini. Semoga inisiatif seumpama ini terus mendapat sambutan masyarakat dan menjadi platform untuk menyemarakkan budaya berwakaf demi kesejahteraan ummah.
TERKINI
Kongsi Kongsi