Aktiviti
Seminar Wakaf Irsod 2026 - Masa Depan Pembangunan Hartanah Wakaf : Daripada Aset Kepada Impak
02-11-2026

Pekan, 2 November 2026 - Telah berlangsung Seminar Wakaf Irsod 2026 anjuran UDA Holdings Berhad dengan kerjasama Wakaf Pahang dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang di AnCasa Royale Pekan, Pahang. Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan mencemar duli menyempurnakan perasmian seminar tersebut.

YBrs. Dr. Ridzwan bin Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YWM turut dijemput sebagai penceramah khas bagi menyampaikan pembentangan bertajuk “Wakaf Membangunkan Malaysia MADANI”. Pembentangan ini mengetengahkan peranan strategik wakaf dalam memacu pembangunan ummah, memperkukuh ekonomi serta mengoptimumkan potensi aset wakaf untuk menjana manfaat berterusan kepada masyarakat.

YWM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur atas jemputan dan kepercayaan yang diberikan. Semoga perkongsian ini memperluas pemahaman tentang potensi wakaf serta membuka lebih banyak ruang kerjasama strategik untuk menterjemahkan aset wakaf kepada impak nyata demi kesejahteraan ummah.


Kongsi Kongsi