Aktiviti
DANA PERLU YWM AGIH 7 PEK MAKANAN KERING KEPADA PEKERJA PEMBERSIHAN GYM
01-07-2021

Mont Kiara, Melawati, 1 Julai 2021 - Prihatin terhadap kesusahan yang dihadapi, Puan Shima telah memaklumkan kepada kami, terdapat 7 pekerja pembersihan gym di Mont Kiara dan Melawati yang telah hilang punca pendapatan akibat pandemik Covid-19. Pek makanan kering terus disediakan untuk diserahkan kepada mereka. Alhamdulillah, urusan dipermudahkan dan rasa puas apabila melihat mereka gembira.

Ya, ramai antara kita sedang melalui saat-saat sukar sekarang apabila diberhentikan kerja, dikurangkan gaji. Apa yang kami boleh bantu, InsyaAllah, kami akan usahakan. Kami mendoakan agar para penerima ini sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan harian mereka

Program sumbangan ini merupakan inisiatif YWM melalui program #DanaPerlu di bawah Program CSR Prihatin YWM. Terima kasih para penyumbang. Sumbangan anda, sinar buat mereka.

جزاكم الله خيرا كثيرا و جزاكم الله احسن الجزاء

Kepada yang ingin memberi sumbangan, anda boleh menyumbang ke akaun CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 8602218186 dan 'remark' sebagai DANAPERLU.


Kongsi Kongsi