Aktiviti
52 KOTAK SUMBANGAN DANA PERLU BUAT SEMUA PENGUSAHA KANTIN PUTRAJAYA
27-06-2021

Putrajaya, 27 Jun 2021 - Alhamdulillah, sebanyak 52 kotak telah diagihan kepada seluruh pengusaha kantin sekolah Putrajaya. Sumbangan ini telah disampaikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Amir bin Shaharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif YWM. Terima kasih diucapkan kepada urusetia E-Kantin dan Kumpulan Pengusaha Kantin Putrajaya atas kerjasama yang diberikan. InsyaAllah bantuan berupa kotak makanan ini sedang dalam usaha untuk diperluaskan lagi agihannya. Terus ikuti kami untuk agihan #DanaPerlu yang akan datang!

Semoga wabak Covid-19 ini segera hilang di bumi Malaysia dan di dunia agar semua mereka yang terjejas dapat kembali menikmati kehidupan seperti sebelum ini.

اللهم إني أعوذ بك من البرص والجنون والجذام ومن سيئ الأسقام

“Ya Allah aku berlindung denganMu daripada penyakit sopak, penyakit gila, penyakit kusta dan daripada segala penyakit berbahaya yang lain.”

Program sumbangan ini merupakan inisiatif YWM melalui program #DanaPerlu di bawah Program CSR Prihatin YWM. Terima kasih para penyumbang. Sumbangan anda, sinar buat mereka.

جزاكم الله خيرا كثيرا و جزاكم الله احسن الجزاء

Kepada yang ingin memberi sumbangan, anda boleh menyumbang ke akaun CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 8602218186 dan 'remark' sebagai DANAPERLU.


Kongsi Kongsi