Aktiviti
DANA PERLU YWM SANTUNI 60 PEMANDU TEKSI PUTRAJAYA
26-06-2021

Putrajaya, 26 Jun 2021 - Suasana sugul dan sunyi sepi setibanya kami di Putrajaya Sentral semalam, kebiasaannya tempat ini penuh dengan hiruk-pikuk kenderaan awam yang berpusu-pusu ingin mengambil atau menghantar penumpang yang merantau. Dalam hati kami, Allah, kesiannya para pemandu teksi di sini masih cekal menunggu penumpang yang kelihatannya tidak kunjung tiba akibat keadaan kita sekarang’. Sepanjang tempoh 'total lockdown' ini, kadang nak dapat seorang sehari pun susah, yelah sebab kita kerana akur dengan arahan kerajaan kan’ ujar seorang pak cik pemandu teksi.

Kelihatan juga beberapa orang pakcik pemandu teksi sedang duduk di kerusi menunggu. Mata saya tertumpu pada seorang pakcik, jauh dia termenung,Sesekali terlihat dia mengeluh sambil membetulkan kopiah di atas kepala. Walaupun usianya boleh dikategorikan sebagai warga emas, namun demi sesuap nasi, beliau tetap cekal keluar bekerja. Kebanyakan daripada pemandu teksi ini sememangnya bergantung harap pada hasil teksi mereka untuk meneruskan hidup.

Riak wajah mereka yang agak keruh tadi, telah bertukar ceria setelah” Ketua Pegawai Eksekutif, YBhg Prof. Dr. Amir bin Shaharuddin hadir dengan sebuah kotak yang membawa sedikit ‘pengharapan’. "Alhamdulillah puan, terima kasih kerana membantu, ada juga yang ingat pada kami." Kelihatan ceria dan bersemangat! Diharapkan dengan sedikit sumbangan ini dapat membantu meringankan beban mereka yang amat terkesan pada waktu ini.

Semoga wabak Covid-19 ini segera hilang di bumi Malaysia dan di dunia agar semua mereka yang terjejas dapat kembali menikmati kehidupan seperti sebelum ini.

اللهم إني أعوذ بك من البرص والجنون والجذام ومن سيئ الأسقام

“Ya Allah aku berlindung denganMu daripada penyakit sopak, penyakit gila, penyakit kusta dan daripada segala penyakit berbahaya yang lain.”

Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban mereka sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan ini. Terima kasih juga diucapkan kepada pihak urusetia myONEtaxi atas kerjasama yang diberikan.

Program sumbangan ini merupakan inisiatif YWM melalui program #DanaPerlu di bawah Program CSR Prihatin YWM. Terima kasih para penyumbang. Sumbangan anda, sinar buat mereka.

جزاكم الله خيرا كثيرا و جزاكم الله احسن الجزاء

Kepada yang ingin memberi sumbangan, anda boleh menyumbang ke akaun CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 8602218186 dan 'remark' sebagai DANAPERLU.


Kongsi Kongsi