WEBINAR WAKAF 2021 PERINGKAT NEGERI SELANGOR : “TRANSFORMASI WAKAF MENAMBAH BAIK SOSIO EKONOMI UMMAH"
30-06-202130 Jun 2021 – Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) bersama Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menganjurkan Webinar Wakaf 2021 Peringkat Negeri Selangor yang bertajuk “Transformasi Wakaf Menambah Baik Sosio Ekonomi Ummah” secara atas talian selama 2 jam 30 minit bermula pada jam 10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari menggunakan aplikasi Cisco Webex.
Antara objektif penganjuran program ini adalah seperti berikut:
- Membolehkan semua peserta mendapat maklumat first hand daripada panel jemputan mengenai wakaf tunai di Negeri Selangor khususnya dan wakaf di Malaysia secara amnya;
- Memupuk kesedaran masyarakat tentang potensi wakaf sebagai instrumen pemacu ekonomi ummah dalam pembangunan sosio-ekonomi ummah dengan mengambil kira struktur perundangan negara; dan
- Memperkenalkan kaedah berwakaf menggunakan wang tunai dalam usaha meningkatkan tabungan dana wakaf dan ke mana dana wakaf ini digunakan.
Webinar ini telah berjaya menerima penyertaan seramai 2,003 peserta dari Live Facebook manakala 57 peserta dari aplikasi Cisco Webex. Program dimulakan oleh Cik Haidatul Azia binti Husin, Pengurus Bahagian Pemasaran dan Korporat YWM sebagai urusetia Webinar Wakaf 2021 Peringkat Negeri Selangor dan program diteruskan oleh pengenalan webinar oleh Da’i Nurul Syafiqah binti Mohamed Hanafiah, finalis Da'i Pendakwah Nusantara Musim Ke-5 selaku moderator webinar.
Webinar kali ini turut disertai barisan panelis yang pakar dalam bidang wakaf iaitu YBrs. Prof. Madya Dr. Amir bin Shaharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif YWM sebagai Panel pertama serta YBrs. Ustaz Anuar Hamzah bin Tohar, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PWS sebagai Panel kedua. Webinar kali ini mengupas mengenai strategi serta cara pengurusan wakaf, dalam usaha mentransformasikan wakaf demi menambah baik sosio ekonomi ummah khususnya di negeri Selangor dan di Malaysia secara amnya. Wakaf perkhidmatan / kepakaran juga turut dibincangkan dalam webinar kali ini dimana masyarakat boleh bersama-sama menyumbang perkhidmatan / kepakaran seterusnya dapat memberi impak positif terhadap pembangunan sosio ekonomi ummah.
Semoga pembangunan ekonomi wakaf terus maju dan berkembang di seluruh Malaysia secara amnya dan di negeri Selangor khasnya, InsyaAllah. Penghargaan juga turut diberikan kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan webinar wakaf ini. Semoga bertemu lagi pada webinar wakaf akan datang.
Klik pautan Facebook untuk menonton rakaman Webinar Wakaf “Transformasi Wakaf Menambah Baik Sosio-Ekonomi Ummah” - https://fb.watch/6rNX5NyQae/
TERKINI
Kongsi Kongsi