DANA PERLU YWM AGIH 77 PEK MAKANAN KEPERLUAN KEPADA PERSATUAN KUMPULAN SOKONGAN KANSER NEGERI PERLIS
21-08-202121 Ogos 2021 - Persatuan Kumpulan Sokongan Kanser Negeri Perlis ditubuhkan untuk memberi sokongan psikologi, emosi serta berkongsi maklumat, pengalaman, pendidikan dan penjagaan bagi meningkatkan mutu hidup pesakit dan keluarga. Persatuan ini dianggotai oleh pesakit kanser, bekas pesakit, keluarga pesakit, kawan-kawan pesakit dan individu yang prihatin terhadap pesakit kanser. Sehingga kini, belanja pengurusan persatuan dibiayai oleh Yayasan Amal Tengku Hajah Budriah Perlis.
"Ramai pesakit kanser yang kami santuni. Bersilih ganti. Untuk pesakit stage 4, biasanya kami akan beri bantuan hingga ke rumah mereka. Kami yang uruskan persatuan ni juga adalah cancer survivor."
Bagi mereka, hanya orang yang ada penyakit ni faham bagaimana perasaan pesakit-pesakit yang lain. Pesakit perlu diberi sokongan dan dorongan untuk terus sihat.
"InsyaAllah, 77 pek makanan keperluan ni kami akan agihkan kepada pesakit kanser yang hilang punca mata pencarian akibat pandemik ini. Terima kasih kerana pertimbangkan permohonan kami."
Melihat kesungguhan mereka, kami titipkan doa agar urusan mereka dipermudahkan dan mereka terus sihat untuk berikan sokongan kepada pesakit-pesakit kanser ini.
Moga Allah mengurniakan kesembuhan kepada mereka semua,
اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شَافِيَ إلَّا أَنْتَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقْمًا
“Wahai Tuhanku! Tuhan buat sekalian manusia, hilangkanlah penyakit. Berikanlah kesembuhan kerana Engkau adalah Maha Penyembuh. Tiada yang dapat menyembuhkan penyakit kecuali Engkau Ya Allah dengan kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit yang lain”.
Program sumbangan ini merupakan inisiatif YWM melalui program Dana Perlu di bawah Program CSR Prihatin YWM. Terima kasih para penyumbang. Sumbangan anda, sinar buat mereka. Kepada yang ingin memberi sumbangan, anda boleh menyumbang ke akaun CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 8602218186 dan 'remark' sebagai DANAPERLU.
TERKINI
Kongsi Kongsi