DANA PERLU YWM SANTUNI PERSATUAN SUKAN DAN REKREASI OKU NEGERI KEDAH
21-08-2021Jitra, 21 Ogos 2021 - Persatuan Sukan dan Rekreasi OKU Negeri Kedah merupakan sebuah persatuan yang membantu melonjakkan lagi golongan OKU yang berminat dengan sukan ke peringkat yang lebih tinggi seperti mewakili (negeri dan negara) serta mengeluarkan mereka daripada rasa rendah diri dengan kekurangan yang ada. Seecara tidak langsung juga, golongan ini dapat menambah rakan sesama OKU.
Mereka ni bukannya atlet sepenuh masa. Mereka tetap bekerja harian untuk menampung perbelanjaan sara diri dan keluarga. Latihan tetap berjalan tanpa mengganggu masa bekerja mereka. "Saya ni atlet bowling Kedah. Dalam masa yang sama, saya juga bekerja sebagai pengawal keselamatan di sini (Taman Sinar Harapan, Jitra). Bila tiada latihan, pendapatan kami sedikit terjejas. Sepatutnya, kami akan mewakili negeri Kedah ke Para SUKMA yang sepatutnya dibuat tahun lepas."
Seorang lagi atlet yang kami santuni merupakan atlet angkat berat negeri Kedah. Sama seperti situasi rakannya, dia pun antara atlet yang akan membawa nama Kedah dalam Para SUKMA. Dengan pendapatannya yang terjejas dan menggunakan segala kudrat yang ada, siang dia bekerja di pasar, manakala sebelah petang hingga malam, dia bekerja di syarikat J&T.
Ada kelebihan walaupun dalam kekurangan dan mereka sentiasa bersedia dan bersemangat untuk membantu menaikkan nama negeri Kedah dalam sukan para.
"InsyaAllah, semua 40 pek ni saya akan agihkan kepada ahli-ahli persatuan yang memerlukan. Terima kasih Yayasan Waqaf Malaysia kerana prihatin dengan kami."
Semoga sumbangan kecil ini memberi manfaat kepada semua. Terima kasih para penyumbang. Terima kasih MAMEE-Double Decker Sdn. Bhd. Sumbangan anda, sinar buat mereka.
جزاكم الله خيرا كثيرا و جزاكم الله احسن الجزاء
Kepada yang ingin memberi sumbangan, anda boleh menyumbang ke akaun CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 8602218186 dan 'remark' sebagai DANAPERLU.
TERKINI
Kongsi Kongsi