DANA PELAJAR YWM SUMBANG TABLET UNTUK JALANI SESI PdPR DI PERLIS
21-08-2021Kangar, 21 Ogos 2021 - Kehadiran kami disambut dengan keceriaan di wajah seluruh ahli kerluarga kerana permohonan untuk mendapatkan tablet telah diluluskan. Sebelum ini 3 anaknya yang bersekolah terpaksa bergilir-gilir menggunakan telefon untuk sesi PdPR.
"Saya suri rumah dan suami pula kerja kampung je. Suami ada juga sewa tapak sawah untuk tanam padi. Anak 4 orang, seorang ja yang masih belum sekolah," ujar si ibu menjawab pertanyaan kami.
Kami juga dimaklumkan salah seorang anak mereka menghidap kanser dari umur 3 tahun. Setiap minggu, mereka terpaksa ulang alik ke Pulau Pinang untuk tujuan rawatan kimoterapi. Anak ini perlu lengkapkan 10 kali rawatan dan sehingga kini, telah selesai 7 kali rawatan.
Sumbangan tablet ini disampaikan oleh YBrs. Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YWM.
“…terima kasih Yayasan Waqaf Malaysia prihatin dengan keadaan keluarga kami..”
Ucapan terima kasih ini kami panjangkan kepada semua penyumbang Dana Pelajar YWM. Amanah anda kami agihkan sebaiknya.
Moga Allah mengurniakan kesembuhan dan mengangkat segala kesakitan dan penyakit adik ini,
اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شَافِيَ إلَّا أَنْتَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقْمًا
“Wahai Tuhanku! Tuhan buat sekalian manusia, hilangkanlah penyakit. Berikanlah kesembuhan kerana Engkau adalah Maha Penyembuh. Tiada yang dapat menyembuhkan penyakit kecuali Engkau Ya Allah dengan kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit yang lain”.
Program sumbangan ini merupakan inisiatif YWM melalui program Dana Pelajar di bawah Program CSR Prihatin YWM. Terima kasih para penyumbang. Sumbangan anda, sinar buat mereka. Kepada yang ingin memberi sumbangan, anda boleh menyumbang ke akaun CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 8602218186 dan 'remark' sebagai DANAPELAJAR.
TERKINI
Kongsi Kongsi