Aktiviti
SIRI JELAJAH KONSULTANSI DANA WAKAF NASIONAL KE MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH
16-08-2021

16 Ogos 2021 - Telah berlangsung program Jelajah Konsultansi Dana Wakaf Nasional ke Majlis Agama Islam Negeri Kedah yang dipengerusikan oleh YB Brigadier Jeneral (B ) Dato Haji Najmi bin Haji Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Kedah.

Pertemuan turut disertai oleh YBhg Dato' Selamat bin Paigo, Ketua Pengarah Jabatan Wakaf Zakat & Haji, merangkap Naib Pengerusi YWM. dan Tuan Sheikh Ahmad Zaki bin Haji Ghazali, BCK, Pegawai Hal Ehwal Islam MAIK. Pembentangan disampaikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Amir bin Shaharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif YWM.

Turut hadir Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YWM serta Pegawai-pegawai Kanan YWM dan JAWHAR.


Kongsi Kongsi