DANA PERLU YWM SANTUNI 50 AHLI PERTUBUHAN CACAT PENGLIHATAN MALAYSIA CAWANGAN PERAK
14-08-2021Ipoh, 14 Ogos 2021 - Dana Perlu Yayasan Waqaf Malaysia terus menyantuni mereka yang terjejas. Kali ini sebanyak 50 pek makanan diagihkan kepada Wakil Pertubuhan Cacat Penglihatan Malaysia Cawangan Perak oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Amir bin Shaharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia kepada mereka ini.
Tidak banyak yang kami dapat bantu, tetapi InsyaAllah ia dapat mengurangkan sedikit beban yang mereka hadapi. Setidak-tidaknya, kami dapat melihat kegembiraan yang terpancar di wajah mereka.
‘..terima kasih Yayasan Waqaf Malaysia prihatin bantu kami di sini..’
Ucapan terim kasih ini kami panjangkan kepada semua penyumbang Dana PERLU YWM. Amanah anda kami agihkan sebaiknya.
Ya Allah, kuatkanlah hati mereka, permudahkanlah urusan-urusan mereka ini.
Program sumbangan ini merupakan inisiatif YWM melalui program Dana Perlu di bawah Program CSR Prihatin YWM. Terima kasih para penyumbang. Sumbangan anda, sinar buat mereka.
جزاكم الله خيرا كثيرا و جزاكم الله احسن الجزاء
Kepada yang ingin memberi sumbangan, anda boleh menyumbang ke akaun CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 8602218186 dan 'remark' sebagai DANAPERLU.
TERKINI
Kongsi Kongsi