Malaysia dan Oman Perkukuh Kerjasama Strategik Wakaf: Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Yayasan Waqaf Malaysia, Sohar Islamic dan Bousher Endowment Foundation (Kesultanan Oman)
07-07-2026Kuala Lumpur, 7 Julai 2026 - Yayasan Waqaf Malaysia telah melakar satu lagi sejarah penting menerusi pemeteraian dua Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Sohar Islamic dan Bousher Endowment Foundation, Kesultanan Oman di Hotel Seri Pacific.
Kerjasama strategik ini membuka lembaran baharu dalam memperkukuh pembangunan wakaf melalui perkongsian kepakaran, tadbir urus, pelaburan mampan, inovasi kewangan sosial Islam serta pembangunan projek wakaf berimpak tinggi.
Majlis ini turut disaksikan oleh YB Senator Puan Marhamah Rosli, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sebagai simbol komitmen bersama dalam memperkasakan ekosistem wakaf di peringkat serantau dan antarabangsa.
Inisiatif ini juga menyokong agenda 1H3E YWM yang memfokuskan kepada:
- Kesihatan
- Pendidikan
- Pemerkasaan Ekonomi
- Alam Sekitar
Semoga kerjasama ini menjadi pemangkin kepada pembangunan wakaf yang lebih mampan, inovatif dan memberi manfaat kepada ummah di peringkat global.
TERKINI
Kongsi Kongsi