YWM Sumbang RM25,400.00 untuk Infrastruktur Sekolah-Sekolah di Negeri Selangor
22-05-2025Selangor, 22 Mei 2025 – Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah menyalurkan sumbangan berjumlah RM25,400.00 kepada tiga buah sekolah rendah di negeri Selangor bagi tujuan menaik taraf kemudahan infrastruktur.
Tiga sekolah penerima manfaat tersebut adalah:
Sekolah Kebangsaan Rawang, Daerah Gombak ➤ RM10,000.00 – Bagi penaiktarafan kantin sekolah.
Sekolah Kebangsaan Kampung Kuantan, Daerah Kuala Selangor ➤ RM5,400.00 – Untuk menaik taraf pusat sumber sekolah.
Sekolah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu Dua, Daerah Hulu Selangor ➤ RM10,000.00 – Bagi kerja-kerja penyelenggaraan surau sekolah.
Sumbangan ini merupakan inisiatif di bawah program wakaf tunai yang disasarkan kepada sektor pendidikan, khususnya dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif untuk pelajar dan warga pendidik.
YWM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para pewakaf atas keprihatinan dan sokongan berterusan. Semoga amal jariah ini menjadi sumber pahala yang berpanjangan dan memberi manfaat berterusan kepada generasi akan datang.



TERKINI
Kongsi Kongsi