Aktiviti
Kunjungan Hormat Lajnah Jabatan Syariah Dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Ke Yayasan Waqaf Malaysia
11-06-2025

Putrajaya, 11 Jun 2025 – Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah menerima kunjungan hormat daripada Lajnah Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM) yang disertai oleh seramai 28 orang mahasiswa dan 2 orang pensyarah pengiring.

Lawatan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan secara langsung kepada para mahasiswa mengenai aplikasi serta tadbir urus wakaf dalam industri sebenar, di samping memahami peranan YWM sebagai peneraju pengurusan wakaf di peringkat nasional.

Sesi perbincangan telah dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Ridzwan bin Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YWM, dan diteruskan dengan sesi perkongsian oleh:

Encik Mohd Fazdli bin Rosli – Pengurus, Bahagian Pengurusan Dana, YWM

Puan Khairunnisa binti Rassul – Eksekutif Syariah, Bahagian Dasar dan Pembangunan, YWM

Sepanjang sesi, para mahasiswa telah didedahkan dengan struktur institusi wakaf di Malaysia, model pelaksanaan wakaf oleh YWM, serta peranan wakaf dalam menyokong agenda pembangunan negara melalui instrumen kewangan sosial Islam.

Semoga kunjungan ini dapat memberikan inspirasi serta ilmu yang bermanfaat kepada para mahasiswa dalam memahami potensi besar wakaf sebagai pemacu ekonomi ummah yang berimpak tinggi.


Kongsi Kongsi