YWM Bersama Sumud Nusantara, Solidariti Demi Gaza
13-10-2026Bangi, 13 Oktober 2026 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) berbesar hati menerima undangan untuk memeriahkan Majlis Makan Malam Sumud Nusantara: Global Sumud Congress 2026 menerusi pembukaan Kaunter Wakaf YWM bagi memberi peluang kepada para tetamu mengenali inisiatif wakaf serta menyemarakkan amalan berwakaf.
YWM juga antara agensi di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang menyokong usaha Sumud Nusantara menerusi sumbangan kepada Gaza sebagai tanda solidariti dan keprihatinan terhadap rakyat Palestin serta sokongan kepada usaha pembangunan semula Gaza.
Penglibatan ini mencerminkan komitmen YWM untuk menyuburkan budaya memberi dan memperkukuh semangat kebersamaan dalam menjayakan misi kemanusiaan merentas sempadan. Semoga setiap usaha dan sumbangan menjadi penyambung harapan buat saudara kita di Gaza.
TERKINI
Kongsi Kongsi