Kunjungan Hormat YB Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ke Pejabat Yayasan Waqaf Malaysia
23-11-2026Putrajaya, 23 November 2026 – Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) amat berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada YB Senator Puan Marhamah binti Rosli, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ke pejabat YWM di Blok D, Kompleks Islam Putrajaya.
Ketibaan YB Senator Puan Marhamah telah disambut mesra oleh Ketua Pegawai Eksekutif YWM, YBrs. Dr. Ridzwan bin Bakar, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YWM, YBrs. Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, barisan pegawai kanan serta seluruh warga kerja YWM.
Dalam kunjungan tersebut, YB Senator Puan Marhamah telah mendengar sesi penerangan ringkas mengenai YWM yang merangkumi peranan, fungsi serta inisiatif YWM dalam memperkasa pembangunan dan pengurusan wakaf di peringkat nasional.
YB Senator Puan Marhamah turut berkesempatan meninjau persekitaran pejabat YWM dan beramah mesra dengan para kakitangan. Sesi kunjungan turut diserikan dengan jamuan ringan yang menjadi ruang untuk mengeratkan silaturahim serta bertukar pandangan secara santai.
Lebih istimewa, YB Senator Puan Marhamah turut meluangkan masa untuk merakamkan video ringkas bagi tujuan promosi dan hebahan mengenai YWM, sebagai tanda sokongan terhadap usaha YWM dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap wakaf serta memperluas penyampaian maklumat berkaitan wakaf kepada masyarakat.
Kunjungan hormat ini bukan sahaja mencerminkan hubungan erat antara kepimpinan Kerajaan MADANI dan YWM, malah menjadi suntikan semangat kepada seluruh warga kerja YWM untuk terus memberikan komitmen dan perkhidmatan terbaik dalam memperkasa ekosistem wakaf demi manfaat masyarakat dan pembangunan negara.
“Wakaf Membangun Malaysia MADANI”
TERKINI
Kongsi Kongsi