Aktiviti
Kunjungan Hormat Delegasi Daripada Yayasan Hasanah dan Voyage
10-06-2025

Putrajaya, 10 Jun 2025 – Alhamdulillah, Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Yayasan Hasanah dan Voyage, sebuah organisasi berpangkalan di Hong Kong, yang hadir bagi mendapatkan maklumat dan kefahaman mendalam mengenai tadbir urus institusi berteraskan filantropi Islam, antaranya melalui instrumen wakaf.

Sesi perbincangan ini dipengerusikan oleh YBrs. Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YWM, dan memberi tumpuan kepada peranan YWM dalam ekosistem filantropi nasional dan antarabangsa, serta kewangan sosial Islam sebagai pemacu pembangunan mampan negara.

Turut hadir juga pasukan daripada Gobarakah, rakan strategik YWM, yang diketuai oleh Encik Firdaus Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif Gobarakah.

Kehadiran delegasi antarabangsa seperti Voyage membuktikan minat yang semakin meningkat terhadap model tadbir urus wakaf di Malaysia. Semoga sesi ini menjadi platform pengukuhan jaringan kerjasama antarabangsa dalam memperkasa peranan wakaf sebagai instrumen global yang berimpak tinggi.

"Wakaf Membangun Malaysia MADANI"


Kongsi Kongsi