Kunjungan Hormat Penyelidik Dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor dan Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)
05-06-2025Putrajaya, 5 Jun 2025 – Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) yang diketuai oleh YBrs. Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YWM telah menerima kunjungan penyelidik daripada:
a) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor – Dr. Rahmawati Mohd Yusof
b) Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI) – Dr. Mohammad Hidir Baharudin
Kunjungan ini bertujuan mendapatkan maklumat dan rujukan berkaitan pengurusan wakaf sebagai sebahagian daripada kajian ilmiah mereka.
Sesi temubual ini turut membincangkan pelbagai isu strategik wakaf termasuk wakaf khas, wakaf pertanian, dan sekuriti makanan negara. YWM amat menghargai inisiatif ilmu seperti ini yang memperkukuh rangka kerja wakaf negara melalui kajian berasaskan data, realiti lapangan dan amalan terbaik.
Semoga sesi ini dapat membantu para penyelidik dalam melengkapkan kajian mereka dalam masa yang sama menjadikan instrumen wakaf sebagai pemacu pembangunan ekonomi dan sosial ummah secara mampan. Insya-Allah.

TERKINI
Kongsi Kongsi