Aktiviti
Lawatan ke Langkawi Autism Care Centre
07-05-2026

Langkawi, 7 Mei 2026 - YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah berkesempatan mengadakan lawatan ke Langkawi Autism Care Centre bagi mendekati serta menyantuni 24 anak-anak autisme di pusat berkenaan. Turut hadir bersama ialah Ketua Pegawai Eksekutif dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YWM.

Lawatan ini menjadi ruang untuk berkongsi kasih sayang, memberi semangat dan melihat sendiri usaha murni yang dilaksanakan dalam membantu perkembangan serta pendidikan anak-anak istimewa ini. Dalam masa yang sama, YWM turut menyerahkan cek cura sumbangan berjumlah RM7,000 bagi pembelian Mobile Interactive Smart Board yang akan digunakan sebagai medium pembelajaran interaktif untuk para pelajar di pusat tersebut.

Semoga sumbangan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya dan menjadi salah satu usaha kecil yang memberi impak besar kepada proses pembelajaran serta perkembangan anak-anak syurga ini.


Kongsi Kongsi