Aktiviti
Memorandum Persefahaman antara Yayasan Waqaf Malaysia bersama Dhofar Islamic Bank
18-11-2026

Oman, 18 November 2026 - Satu lagi pencapaian bermakna telah diraih menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman antara Yayasan Waqaf Malaysia bersama Dhofar Islamic Bank, Oman. Kerjasama ini bertujuan memperkasa ekosistem wakaf di Malaysia, Oman dan negara-negara anggota Majlis Kerjasama Teluk.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh TYT Ahmad Kamrizamil bin Mohd Riza, Duta Besar Malaysia ke Kesultanan Oman, serta Sheikh Talib, wakil Kementerian Wakaf Oman. Dhofar Islamic Bank diwakili oleh Sheikh Fawaz, Sheikh Mohsien dan Ustaz Hakim, bersama barisan pengurusan tertingginya.

Insya-Allah, kerjasama strategik ini akan menjadi pemangkin kepada pembangunan projek wakaf berimpak tinggi, pelaburan mampan dan inovasi kewangan Islam. Usaha ini juga diharap dapat memperkukuh hubungan Malaysia–Oman serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi ummah di kedua-dua buah negara.


Kongsi Kongsi