Yayasan Waqaf Malaysia Sertai Program Quranic Madani: Night Reset – Bersatu Dalam Saf
08-05-2026Kuala Lumpur, 8 Mei 2026 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) turut hadir bersama ribuan masyarakat daripada pelbagai lokaliti dan latar belakang memenuhi kawasan Bukit Bintang untuk Program Quranic Madani. Suasana luar biasa terlihat apabila pusat tumpuan kota itu bergema dengan alunan ayat suci al-Quran, selawat serta pengisian kerohanian yang menyatukan hati-hati umat Islam dalam satu saf ukhuwah.
Program turut bermakna dengan kehadiran YB Senator Dr. Zulkifli bin Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang menyampaikan ucapan pembukaan dengan menyeru masyarakat agar terus menyebarkan kebaikan, memperluaskan budaya memberi salam serta memperkukuh perpaduan ummah melalui penghayatan al-Quran sebagai panduan kehidupan.
Malam penuh penghayatan itu diteruskan dengan tausiyah dan pengisian rohani daripada barisan asatizah tanah air termasuk SS Mufti Wilayah Persekutuan serta PU Riz yang menyampaikan nasihat penuh hikmah dan menyentuh jiwa para hadirin.
Semoga Syiar Islam terus subur dan mekar di tengah masyarakat, menyatukan hati-hati umat dengan cahaya al-Quran, menyebarkan nilai kasih sayang, kedamaian dan kesejahteraan sejajar dengan semangat Malaysia MADANI.
TERKINI
Kongsi Kongsi