SISTEM WAKAF TUNAI MALAYSIA

Yayasan Waqaf Malaysia telah melancarkan Sistem Wakaf Tunai Malaysia (SWTM) pada Jun 2013. Selain daripada menyediakan kemudahan pembayaran wakaf melalui kaedah epayment, ia juga memudahkkan pewakaf yang bekerja di sektor awam dengan potongan gaji melalui atas talian. Transaksi sumbangan wakaf boleh muat turun sendiri oleh pewakaf yang berdaftar dengan SWTM. Ini secara tidak langsung memudahkan pewakaf untuk mendapatkan senarai transaksi yang telah dibuat.

Antara kemudahan SWTM ialah :

  • Sumbangan wakaf secara atas talian (FPX Gateway)
  • Permohonan Berwakaf Secara Potongan Gaji Bulanan
  • Menyemak semua senarai transaksi yang telah dibuat melalui SWTM dan;
  • Mencetak penyata tahunan wakaf untuk tujuan potongan cukai
  • https://www.ywm.gov.my/wakaf-online

PERBANKAN INTERNET

YWM telah menjalinkan kerjasama bersama beberapa buah bank di Malaysia bagi mempelbagaikan kaedah perwakafan. Pewakaf boleh melayari perbankan atas talian pada pautan berikut dengan memilih / menaip nama ‘Yayasan Waqaf Malaysia atau YWM’ di perkhidmatan kutipan bil (Bill Payment) untuk berwakaf.

  1. CIMB Islamic Bank Berhad (CIMBIBB)
    Panduan berwakaf
  2. Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank)
    Panduan berwakaf
  3. Public Islamic Bank
    Panduan berwakaf
TAKAFUL

YWM telah menjalinkan kerjasama bersama beberapa buah syarikat takaful di Malaysia bagi mempelbagaikan kaedah perwakafan. Dengan menambah emelen wakaf kepada produk takaful, peserta pelan boleh memilih untuk menyumbangkan sebahagian daripada nilai caruman atau jumlah manfaat yang diterima kepada Yayasan Waqaf Malaysia (YWM).

  1. Takaful Ikhlas Family Berhad (Takaful IKHLAS):
    1. Takaful IKHLAS memperuntukkan RM1,000 di atas nama peserta pelan untuk sumbangan wakaf kepada YWM sekiranya berlaku kematian;
    2. Peserta pelan juga boleh berwakaf kepada YWM dengan maksimum 1/3 daripada jumlah manfaat sijil takaful setelah kematian peserta pelan.
    3. https://www.takaful-ikhlas.com.my/ms/produk-kami/ikhlas-waqf-endowment-iwe

  2. Sun Life Malaysia Takaful Berhad (SLMT):
    1. Produk Sun Infinity-i
      SLMT akan membayar 5% daripada jumlah keseluruhan caruman selepas kematian peserta pelan kepada YWM. Produk ini boleh disertai oleh masyarakat bukan Islam.
      https://www.sunlifemalaysia.com/plans/protection-needs/savings/sun-infinity-i/
    2. Produk SunLink Istismar Plus
      SLMT akan membayar kepada YWM maksimum 10% daripada manfaat rider manfaat Waqf & Kematian akibat kemalangan diri bagi pihak peserta pelan daripada dana tabarru’ apabila berlakunya kematian.
      https://www.sunlifemalaysia.com/plans/protection-needs/protection/cimb-sunlink-istismar-plus/

  3. AmMetLife Takaful Berhad (AmMetLife Takaful):
    Melalui produk-produk AmMetLife Takaful yang menawarkan rider wakaf, peserta pelan boleh memilih YWM sebagai salah satu penerima manfaat sijil takaful.
    https://www.ammetlifetakaful.com/
WANG POS

Pewakaf boleh hadir ke kaunter pejabat Pos Malaysia Berhad untuk membeli Wang Pos Malaysia. Bayaran wang pos adalah kepada nama ‘Yayasan Waqaf Malaysia’. Sila pos wang pos tersebut ke alamat pejabat YWM.

KAUNTER YWM

Orang awam boleh hadir ke kaunter pejabat YWM atau mengunjungi booth / kaunter pameran yang disertai oleh YWM.


Kongsi Kongsi