Aktiviti
Majlis Perhimpunan Agensi Di Bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Bil. 2/2026
27-04-2026

Putrajaya, 27 April 2026 - Bertempat di Auditorium Kompleks Islam Putrajaya, telah berlangsung Majlis Perhimpunan Agensi di bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Majlis yang dihadiri oleh seluruh warga kerja agensi ini menjadi platform strategik bagi memperkukuh kerjasama antara agensi serta menyelaraskan hala tuju kementerian dari semasa ke semasa.

YBrs. Dr. Ridzwan Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia turut hadir bersama-sama barisan kepimpinan tertinggi agensi-agensi agama.

Antara pengisian utama majlis adalah:

  1. Perspektif Global: Perkongsian ilmu melalui Ceramah Geopolitik dan Dunia Islam yang disampaikan oleh YBrs. Prof. Dr. Mohd Afandi bin Salleh, Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin.

  2. Hala Tuju Strategik: Penyampaian Amanat oleh YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

  3. Inovasi & Inisiatif: Pelancaran Kempen Kesedaran "Tiada Visa, Tiada Haji" serta inisiatif Madani Membantu dan Borak Buddies sebagai usaha memperkasakan penyampaian perkhidmatan kepada ummah.

Semoga segala amanat dan inisiatif yang dilancarkan hari ini dapat diterjemahkan dalam bentuk tindakan yang berimpak tinggi demi kesejahteraan rakyat dan agama.


Kongsi Kongsi