Aktiviti
Sumbangan Al-Quran Daripada Kedutaan Qatar kepada Kakitangan Yayasan Waqaf Malaysia
03-03-2025

Putrajaya, 3 Mac 2025 - YBrs. Dr. Ridzwan bin Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dan Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YWM meluangkan masa untuk mengedarkan naskhah Al-Quran kepada semua warga kerja.

YWM dengan penuh rasa syukur ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kedutaan Qatar atas sumbangan yang amat berharga ini. Pemberian ini bukan sahaja menyemai kecintaan terhadap kitab suci, tetapi juga menjadi simbol persaudaraan dan ukhuwah yang erat antara kedua pihak.

Semoga kemurahan hati pihak Kedutaan Qatar dibalas dengan keberkatan dan kebaikan yang berlipat ganda. Terima kasih atas keprihatinan dan sokongan yang amat bermakna ini.

"Wakaf Membangun Malaysia MADANI"


Kongsi Kongsi