Aktiviti
Pembukaan Kaunter Wakaf Sempena Majlis Peluncuran Sambutan Bulan Wakaf Kebangsaan Tahun 2025
27-02-2025

Putrajaya, 27 Februari 2025 – Telah berlangsung pameran sempena Majlis Peluncuran Sambutan Bulan Wakaf Kebangsaan Tahun 2025 anjuran bersama Jabatan Wakaf Zakat dan Haji & Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Sebanyak 13 agensi yang terdiri daripada Majlis Agama Islam Negeri dan agensi korporat menyertai pameran ini seperti Perbadanan Wakaf Selangor, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan Wakaf Pahang. Tidak ketinggalan YWM turut membuka kaunter untuk mempromosikan produk-produk wakaf terkini YWM kepada para jemputan yang hadir ke program ini.

Terima kasih buat semua pengunjung dan para pewakaf yang hadir ke reruai YWM. Kepada para pewakaf yang telah membuat sumbangan, ribuan penghargaan diucapkan. Semoga Allah SWT limpahkan ganjaran pahala berlipat kali ganda kepada anda semua, Insya-Allah.

"Wakaf Membangun Malaysia MADANI"


Kongsi Kongsi