Aktiviti
Program Santuni Komuniti MADANI YB Menteri Dan Agensi Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Bersama Asnaf Di Pulau Mabul
26-01-2025

Semporna, 26 Januari 2025 - Pasukan agensi agama bersama YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah berkunjung ke Pulau Mabul untuk menjayakan Program Santuni Komuniti MADANI yang bertujuan untuk mendekati dan menyantuni keperluan masyarakat setempat. Antara aktiviti yang dijalankan adalah solat berjemaah, kenduri rakyat, program sumbangan dan lawatan ke rumah asnaf.

Menerusi program ini, Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah menyumbang sebanyak RM10,000.00 untuk pembelian alat siar raya bagi menyokong usaha menaik taraf Masjid Maqbul yang melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM810,000.00 dengan kerjasama agensi-agensi agama di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Inisiatif ini bukan sekadar memperkasa infrastruktur masjid, tetapi juga menjadi simbol penyatuan dan kesejahteraan komuniti MADANI.

Sumbangan telah diserahkan oleh wakil YWM, iaitu Encik Mohd Bokhari bin Mat Doa, Pengurus Bahagian Kewangan dalam majlis penuh bermakna yang turut dihadiri oleh YB Datuk Haji Ruslan Muharam, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah (Hal Ehwal Agama).

Semoga perpaduan ini membawa keberkatan kepada semua dan seterusnya melahirkan masyarakat yang berkasih sayang dan saling membantu.


Kongsi Kongsi