Aktiviti
Pembukaan Kaunter Wakaf Yayasan Waqaf Malaysia Sempena Program Islam Mekar di Bumi Malaysia
24-01-2025Putrajaya, 24 Januari 2025 - Telah berlangsung pameran sempena Program Islam Mekar di Bumi Malaysia anjuran Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bertempat di Masjid Putra. Selain pameran daripada 14 agensi agama termasuk Yayasan Waqaf Malaysia (YWM), pelbagai aktiviti lain turut diadakan seperti jualan emas dan buku, liga bola sepak dan demo hijab.
YWM ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengunjung reruai YWM di sepanjang dua hari program ini berlangsung. Buat pewakaf, semoga Allah SWT mengurniakan ganjaran berlipat kali ganda dan berpanjangan buat kalian.
TERKINI
Kongsi Kongsi