Aktiviti
Majlis Amanat Al-Falah 2025: Islam Mekar Di Bumi Malaysia & Perhimpunan Agensi-Agensi Di Bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
23-01-2025

Putrajaya, 23 Januari 2025 - Telah berlangsung Majlis Amanat Al-Falah 2025: Islam Mekar Di Bumi Malaysia & Perhimpunan Agensi-Agensi Di Bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Masjid Putra. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB. Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Naim bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Turut hadir adalah barisan ketua-ketua agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) termasuk YBrs. Dr. Ridzwan bin Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia.

Dalam Amanat Al-Falah 2025: Islam Mekar di Bumi Malaysia, YB Menteri telah menggariskan lima agenda utama yang perlu digerakkan bersama, antaranya:

  1. Mengangkat Pembangunan Al-Quran dan Hadis
  2. Meningkatkan Kefahaman dan Penghayatan Islam
  3. Memperkukuh Aplikasi Teknologi dalam Tadbir Urus Islam
  4. Melestarikan Kesejahteraan Sosial Ummah
  5. Memperkasa Perpaduan Ummah dan Keharmonian Tamadun

YB Menteri juga mengucapkan tahniah kepada semua 14 agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di atas kejayaan yang dicapai pada tahun 2024 dan berharap agar tahun 2025 membawa lebih banyak kejayaan seterusnya menaikkan syiar Islam.


Kongsi Kongsi