Pembukaan Kaunter Wakaf Yayasan Waqaf Malaysia Sempena Program Santuni MADANI Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
18-01-2025Pasir Puteh, 18 Januari 2025 – Telah berlangsung pameran sempena Program Santuni MADANI Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) bertempat di SMU (A) Diniah Permatang Rambai, Pasir Puteh, Kelantan yang melibatkan kira-kira sebanyak 26 agensi terdiri daripada badan kerajaan dan swasta dengan pembukaan kaunter perkhidmatan masing-masing termasuk YWM. Program ini telah dirasmikan oleh YAA Dato' Haji Mohd Amran bin Haji Mat Zain, Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie JKSM.
Selain aktiviti pameran, turut berlangsung Jualan RAHMAH, ceramah, sumbangan kotak makanan, sukaneka dan jamuan rakyat. Manakala, YWM telah menawarkan perkhidmatan kaunter wakaf, aktiviti soal jawab kuiz Wheel of Fortune dan cabutan bertuah untuk para pewakaf. Alhamdulillah, semua aktiviti ini telah menarik ramai pengunjung untuk singgah ke reruai YWM. Terima kasih juga kepada yang telah berwakaf!
Secara keseluruhan, program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat. Terima kasih diucapkan kepada JKSM atas jemputan ini. YWM amat menghargai peluang ini dengan menguar-uarkan perkhidmatan YWM kepada komuniti setempat sekaligus membantu meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai wakaf.
Kongsi Kongsi