Aktiviti
Pembukaan Kaunter Wakaf Sempena Program Satu Pemimpin Satu Kampung Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji
16-11-2024Seremban, 16 November 2024 - Bertempat di Balai Raya Kampung Baru Blok C, Ampangan, Yayasan Waqaf Malaysia telah diundang untuk membuka kaunter wakaf sempena Majlis Perasmian Program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni MADANI) Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji oleh YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Terima kasih diucapkan kepada semua pewakaf yang telah berwakaf melalui program ini. Semoga Allah SWT mengurniakan ganjaran berlipat kali ganda dan berpanjangan buat semua pewakaf.
Kongsi Kongsi