Aktiviti
Wacana Intergriti: Teguh Integriti, Kukuh Pertiwi
14-11-2024

Putrajaya, 14 November 2024 – Sempena Sambutan Bulan Integriti Nasional yang berlangsung sepanjang November ini, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah berkerjasama untuk menganjurkan Wacana Integriti bertemakan Teguh Integriti, Kukuh Pertiwi dengan menampilkan penceramah daripada Institut Integriti Malaysia (IIM), Kementerian Kewangan (MOF) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Membuka acara majlis adalah aluan daripada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YWM, YBrs. Encik Abdul Halim bin Mat Yusop. Manakala bagi program penutup, semua peserta telah mendengarkan amanat daripada Ketua Pengarah JAWHAR iaitu YBhg. Dato’ Selamat bin Paigo. Kira-kira seramai 77 orang kakitangan daripada kedua-dua agensi telah terlibat dalam program ini.

Terima kasih diucapkan kepada PU Rahmat Ikhsan selaku moderator forum, YBrs. Puan Zarina binti Haron, Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Perolehan Kerajaan MOF, YBrs. Tuan Mohamad Izam bin Abd. Nasir, Penolong Pesuruhjaya SPRM dan YBrs. Encik Meor Shahram Faiz bin Mieor Shariman, Timbalan Pengarah Pusat Pembangunan IIM atas kesudian untuk berkongsi ilmu dan pengajaran kepada semua peserta. Semoga menjadi bekalan buat semua agar dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh integriti dan akauntabiliti.


Kongsi Kongsi