Aktiviti
Program Santuni Komuniti MADANI Peringkat Kampung Angkat YB. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Kampong Bharu
10-11-2024

Kuala Lumpur, 10 November 2024 - Telah berlangsung Program Santuni Komuniti MADANI Peringkat Kampung Angkat YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Kampong Bharu anjuran bersama Yayasan Waqaf Malaysia (YWM), TV AlHijrah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Wakaf Zakat & Haji (JAWHAR).

YB. Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama rombongan telah turun padang dan menyantuni masyarakat sekitar Kampong Bharu menerusi sembilan (9) aktiviti utama iaitu:

  1. Kayuhan Prihatin Wakaf oleh YWM yang bertujuan menyantuni masyarakat dengan lebih dekat;

  2. Program Santuni Asnaf oleh MAIWP, TV Al-Hijrah dan Pusat Pungutan Zakat-MAIWP yang melibatkan empat (4) buah rumah asnaf dan juga 15 daripada 100 asnaf serta 15 daripada 100 pelajar merangkumi sumbangan berbentuk wang tunai, bakul makanan, kit persekolahan dan kit musibah;

  3. Program Keceriaan Sekolah oleh YWM melibatkan 2 buah sekolah iaitu SMK Puteri Wilayah dan SK Jalan Raja Muda, Kuala Lumpur melalui aktiviti melukis dan mewarna mural di dinding bangunan sekolah;

  4. Program Walkabout oleh YWM dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan edaran goodies beg kepada penduduk sekitar dan pengunjung;

  5. Program Gotong-Royong Memasak Bubur Lambuk oleh TV Al-Hijrah dengan kerjasama penduduk sekitar untuk diagihkan kepada orang ramai;

  6. Program Gunting Rambut Percuma oleh YWM yang memberi manfaat kepada 100 orang tetamu program dan penduduk setempat;

  7. Program Pemeriksaan Kesihatan oleh MAPIM turut disediakan untuk memudahkan para penduduk berhampiran membuat pemeriksaan dan mendapatkan nasihat kesihatan;

  8. Program Ceramah Advokasi Kesedaran Penipuan Pakej Umrah oleh JAWHAR bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai pentingnya mendapatkan maklumat yang tepat mengenai pakej umrah; dan

  9. Program tazkirah oleh personaliti TV Al-Hijrah untuk memberi peringatan, motivasi dan pengajaran kepada masyarakat.

Program ini turut dihadiri oleh ketua-ketua agama di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan serta wakil daripada beberapa agensi lain. Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga Allah SWT memberkati usaha kita semua.


Kongsi Kongsi