Program Jelajah Peduli Ummah di Dataran Sungai Tua
09-11-2024Gombak, 9 November 2024 - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia telah meneruskan siri Jelajah Peduli Ummah dengan sokongan rakan strategik antaranya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Persatuan Cinta Gaza Malaysia, ZUS Coffee dan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) kali ini bertempat di kawasan Batu Caves. Program ini telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Menteri Besar Selangor merangkap Ahli Parlimen Gombak. Pelbagai aktiviti dijalankan sempena jelajah ini seperti Klinik Kesihatan Bergerak MAIWP, sukaneka rakyat, pertandingan e-sukan, rewang perdana dan ziarah mahabbah ke rumah keluarga asnaf. Program ini akan terus bergerak ke seluruh negara dan YWM sentiasa menyokong perjalanan program ini supaya kepentingan nilai murni dan tanggungjawab sosial dapat diperkasakan.
TERKINI
Kongsi Kongsi