Kunjungan Hormat The Central Bank of UAE dan The UAE of Awqaf Authority
29-10-2024Kuala Lumpur, 29 Oktober 2024 - Satu sesi Kunjungan Hormat dan libat urus perkongsian pengalaman pengurusan dan pembangunan wakaf di Malaysia telah diadakan bersama Delegasi The Central Bank of UAE dan The UAE of Awqaf Authority yang dipengerusikan oleh His Excellency Dr. Omar Habtoor Al Darei, Chairman of the General Authority of Islamic Affairs, Endowments and Zakat, Government of UAE.
Sesi Kunjungan Hormat ini dimulakan dengan pembentangan oleh YBhg. Dr. Ridzwan Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) mengenai Struktur Tadbir Urus Pengurusan Wakaf di Malaysia dan peranan YWM sebagai sebuah Entiti Wakaf di peringkat Kebangsaan dalam membangunkan wakaf di Malaysia bersama Majlis Agama Islam Negeri selaku Pemegang Amanah Tunggal Wakaf.
Dalam pertemuan ringkas bersama His Excellency dan Delegasi UAE di Kuala Lumpur, pihaknya mengalu-alukan kerjasama strategik antara dua negara iaitu Malaysia dan UAE dalam berkongsi kepakaran pengurusan wakaf dan juga pelaburan dalam projek wakaf yang berimpak tinggi. Alhamdulillah, cadangan projek berimpak tinggi ini telah mendapat maklum balas yang positif daripada pihak UAE untuk meneroka potensi kerjasama wakaf yang akan memberi manfaat untuk kedua-dua buah negara.
TERKINI
Kongsi Kongsi