Yayasan Waqaf Malaysia Kunjungi Sinergi Foundation Terokai Wakaf Produktif
30-10-2024Bandung, 30 Oktober 2024 - Dalam usaha mengembangkan lagi aset wakaf di Malaysia, Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) bersama subsidiari, Perbadanan Wakaf Nasional Berhad (PWNB), telah mengadakan kunjungan hormat ke Sinergi Foundation (SF) untuk mendapatkan maklumat mengenai kejayaan SF dalam melaksanakan wakaf produktif. SF merupakan sebuah agensi wakaf di Indonesia yang menguruskan dana wakaf, infak, sedekah dan dana-dana sosial melalui program inovasi. Pelbagai penghargaan telah diterima terutamanya dalam kutipan dana wakaf bagi tujuan wakaf produktif.
Menerusi sesi ini, ahli delegasi berpeluang mengunjungi tanah wakaf berkeluasan 5 hektar di Teras Lembang, Bandung yang diuruskan oleh SF di mana di atas tanah wakaf tersebut digunakan bagi tujuan wakaf produktif melalui aktiviti perniagaan iaitu Edu AgroWisata, Pusat Ole-ole (pusat penjualan kraftangan), Camping Ground (perkhemahan), Opieua Bandung, Kuliner Rumah Jeneral (kafe), Caliph Multimedia, Manasiq Centre (pusat latihan haji dan umrah) & Anggrek Bandung (pusat jualan bunga anggerik & orkid). Hasil daripada perniagaan tersebut, 90% akan dikembalikan ke dana wakaf, manakala baki 10% bagi tujuan pengurusan SF.
Menerusi sesi ini juga, satu majlis menandatangani Surat Niat antara PWNB yang diwakili oleh Encik Zainul Affiq bin Zainal Abidin, Eksekutif Kanan dan Tuan Asep Irawan, Ketua Pegawai Eksekutif SF telah dimaterai. Antara bentuk kerjasama yang akan diteroka adalah bidang pelaburan, pendidikan, pembangunan pelancongan halal berteraskan wakaf, dan perkembangan digital wakaf melalui penggunaan AI.
TERKINI
Inovasi Wakaf Dalam Sektor Pelaburan
13-01-2025Kongsi Kongsi