Aktiviti
Yayasan Waqaf Malaysia Dan Universitas Islam Bandung Mulakan Kerjasama Dalam Penyelidikan Dan Pendidikan Berkaitan Wakaf
31-10-2024

Bandung, 31 Oktober 2024 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah menandatangani surat hasrat menjalinkan kerjasama dengan Universiti Islam Bandung (UNISBA) dalam melaksanakan penyelidikan dan pendidikan berkaitan wakaf serta mempromosi pembangunan wakaf di kedua-dua negara. Surat niat ini telah ditandatangani antara Dr. Ridzwan Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YWM dan Prof. Dr. H. Edi Setiadi, Rektor UNISBA.

UNISBA telah beroperasi selama 66 tahun dan telah mendapat akreditasi peringkat tertinggi. Selain memiliki 10 fakulti, UNISBA turut mempunyai Unit Baitulmal yang membantu pembangunan komuniti. UNISBA sangat optimis untuk bekerjasama dengan YWM terutamanya dalam sektor ekonomi, pendidikan dan dakwah. Menerusi sesi ini juga, YWM turut berkongsi maklumat mengenai perkembangan wakaf di Malaysia, kejayaan produk-produk wakaf YWM dan pengurusan aset-aset wakaf oleh YWM termasuklah hotel-hotel wakaf.

Semoga jalinan ukhuwah ini berpanjangan dan sentiasa dirahmati Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Terima kasih atas pelayanan luar biasa yang telah diberikan. Semoga panjang umur dan rezeki berlimpah, sehingga kita bisa berjumpa lagi di lain kesempatan.


Kongsi Kongsi