Fakulti Ekonomi Dan Bisnis Universitas Islam Bandung Nyatakan Hasrat Kerjasama Dengan Yayasan Waqaf Malaysia
31-10-2024Bandung, 31 Oktober 2024 - Dalam sesi kunjungan hormat Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) ke Universitas Islam Bandung (UNISBA), pihak Fakulti Ekonomi dan Bisnis UNISBA telah menjemput YWM hadir ke sesi silaturrahim bagi membincangkan kerjasama wakaf dalam bidang pendidikan dan advokasi wakaf. Menerusi sesi ini, delegasi YWM diketuai oleh Dr. Ridzwan Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YWM manakala UNISBA diketuai oleh Dr. Nunung Nurhayati Abas, Dekan Fakulti Ekonomi dan Bisnis. Antara perkara yang dibincangkan adalah penempatan pelajar UNISBA di YWM untuk menjalani latihan industri dan pelaksanaan kajian dalam bidang ekonomi dan wakaf.
Semoga hasrat ini dapat direalisasikan dan kerjasama yang terjalin memberi impak positif kepada kedua-dua pihak, insyaAllah.
TERKINI
Kongsi Kongsi