Lawatan Ke Rumah Penerima Sumbangan Kerusi Roda Pelajar OKU
28-09-2024Gambang, 28 September 2024 - Sekitar bulan November 2023, Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) pernah membuat lawatan ke rumah keluarga adik Siti Nur Ain Maisarah binti Fairuszlan selepas menerima permohonan untuk mendapatkan kerusi roda baharu bagi memudahkan pergerakan beliau terutama untuk ke sekolah akibat penyakit tulang rapuh. Alhamdulillah, Jawatankuasa Pengagihan YWM telah meluluskan agihan dana Wakaf Kesihatan bernilai RM9,000.00 bagi menempah sebuah kerusi roda khas dan penghantaran telah dilakukan pada 19 Julai 2024 yang lalu. Pada kesempatan baru-baru ini, pegawai YWM sekali lagi membuat kunjungan ke rumah gadis berusia 16 tahun ini bagi melihat perkembangan terkininya.
Terima kasih buat para pewakaf. Semoga sumbangan ini dapat memberi sinar baru kepada adik Siti Nur Ain Maisarah binti Fairuszlan.
TERKINI
Kongsi Kongsi