Aktiviti
Yayasan Waqaf Malaysia Sertai Program Halaqah Fit MADANI 2026
15-11-2026

Setapak, 15 November 2026 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah diundang untuk menyertai Program Halaqah Fit MADANI 2026 yang berlangsung di Sportizza, Setapak anjuran Pejabat Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Bagi memeriahkan program ini, YWM telah menghantar dua pasukan iaitu pasukan lelaki yang menyertai pertandingan futsal dan pasukan wanita dalam acara Walking Football. Program ini ini telah disempurnakan oleh YB Senator Puan Marhamah binti Rosli.

Penyertaan ini bukan sahaja memberi peluang kepada warga YWM untuk mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat, malah turut memupuk semangat berpasukan, kerjasama serta mengeratkan hubungan silaturahim antara agensi.


Kongsi Kongsi